Salam kawan2, actually hari ni saya
nak berkongsi dengan kawan2 tentang apa yang saya amalkan waktu conceived dulu.
Hopefully ianya dapat membantu kawan2 sedikit sebanyak k..
Pemakanan:
Madu al-Barakah (kalau ikut cara
makan 2/3 sudu pagi & malam). Tapi saya hanya minum dgn air suam pada awal
pagi & sentiasa berniat agar dikurniakan zuriat. Madu al-Barakah ni mmg
memanaskan badan. Saya ingat Dr. rawatan alternative saya (Dr.Siti) ada bagitau
untuk PCOS elok makan benda2 yang memanaskan badan untuk rangsang pembentukan
telur yang matang (dari D1 until ovulation shj). Selalunya saya hanya ambil
madu ni sampai waktu ovulation sahaja.
SK Al-Khisbun – saya hanya minum
selepas period sehingga waktu ovulation.
Supreme Diet – Makanan
Tambahan (Biodex) – saya hanya ambil beberapa sachet sebelum ovulation
dan ini pun sbb nak abiskan stok yang dah lame dari tahun 2011/2012.
Pati delima gulshan - saya minum
biasanya after lunch.
Pantang larang makanan fast food pun
masih ikut tapi ade jugak missed sekali sbb dah lame tak makan dan teringin
sgt2.
Pemakaian:
Krim Lumiglow - selalunya saya sapu
lepas waktu mandi pagi/malam di kawasan perut, paha dan rahim.
Rohaniah:
Bykkan baca Surah Maryam – kadang2
tak dapat hasbiskan satu surah tiap2 malam ; tapi saya tetap berusaha untuk
baca at least 1ms dari Surah Maryam.
Bykkan Solat Taubat, Tahajud – mama
saya berpesan yang setiap kali solat tu sebut “Ya Allah aku sudah tidak mampu
lagi untuk menanggung beban ujian ini dari-Mu Ya Allah. Sesungguhnya aku
merasakan yang ianya sudah tidak tertanggung lagi untuk menghadapi ujian ini Ya
Allah. Kurniakanlah aku zuriat Ya Allah agar ianya dapat menjadi penyambung
waris kami, mendoakan kami dan dapat mengembangkan lagi ajaran agama-Mu
Ya Allah.
Bykkan beristigfar, berzikir –
selalunya setiap kali lepas solat saya akan baca istigfar + zikir2 Ya Khaliq,
Ya Bari, Ya Musowwir, Ya Mubdi. Jika tak sempat banyak pun 11 kali dah memadai
(setiap lepas solat)
Sentiasa mendoakan orang
disekeliling kita. In shaa Allah berkat kita mendoakan orang lain – malaikat
akan mendoakan kita kembali.
Relaks:
Untuk conceived minda kita mmg kene
relaks dan tenang. Dalam masa hampir satu 1-1/2 tahun saya tak pergi bercuti
sgt sbb nak fokus dgn rawatan. Akhirnya, early Jan 2013 masa saya pergi bercuti
kat Langkawi & masa tu saya memang tak fikirkan soal baby. Mmg perasaan
saya time tu seronok sangat bercuti dengan family – mak,ayah, abang, adik,
ipar2 dan anak buah..even saya penat buat aktiviti kat sane tapi seronok teman
mama saya shopping + saya mmg enjoy dan hepi time tu.
Sedekah:
Setiap kali apabila bersedekah saya
niatkan dalam hati – Ya Allah kurniakanlah aku zuriat2 yang soleh dan solehah
Ya Allah. Sedekah boleh jadi dalam pelbagai bentuk- mungkin kawan2 boleh
bersedekah pada jiran2 dgn hantar makanan, sedekah setiap kali kita ke masjid (walaupun
kadarnya adalah RM1), sedekah pada anak2 buah, sedekah pada baby yang baru
lahir, sedekah makanan pada binatang - kucing..Actually saya ada bela kucing 4
ekor. Sebelum saya pregnant saya selalu cakap pada kucing saya “mak meow
doakanlah mummy supaya mummy dapat baby yer”…boleh dikatakan kerapkali jugaklah
saya cakap esp time bagi die makan & usap die. Lgpun kucing kan binatang
kesayangan Nabi kita. Sehingga ke hari ni saya still lagi bercakap dengan
kucing saya supaya die mendoakan saya dan baby selamat.
kucing
butterfly "mak meow"
Method “BD”:
Memandangkan saya RU – saya banyak
baca yang kaedah bersama dgn suami penting bagi mereka yang RU. Saya pernah
tanya soalan ni pada Dr.Zamri, “adakah posisi kedudukan time bersama bagi
sesape yang RU sepatutnya dilakukan dalam keadaan d***y utk mudahkan kita
conceived?”.Gile malu mase tanya soalan tu, tapi sbb nak tau jugak – tanya
jugakla pada Dr. Tapi apa yang Dr. jawab – tidak & byk lagi fakor lain yang
mempengaruhi. Jadi buat kawan2 yang RU just pastikan yang kita selesa time
bersama. Lagi satu saya pernah terbaca petua, bagi mereka yang RU letakkan kaki
pada dinding selepas bersama – maybe dalam 15 minit ke sebelum baring.
Positif:
Masa 1-11/2 years of our marriage,
saya mmg sensitif sgt rasa bila org cakap pasal anak. Rasa nak jauhkan diri
dari semua orang dan takut nak berjumpa orang lain sbb saya takut orang
disekeliling saya bertanya tentang anak. Tapi bila dah masuk tahun kedua – saya
dah boleh jawab dengan tenang dan senyuman bila kawan2 atau makcik2 tanya pasal
anak. Saya akan jawab “makcik doakan lah saya -mana tau berkat doa makcik
In Shaa Allah – saya dapat baby”. Jadi, makcik2 yang selalu bertanya ni lama2
die pun segan dan mungkin die pun ada mendoakan saya…Selain tu, bila
dengar berita pasal orang pregnant – saya yang dulunya mmg akan menangis dah
tukar cara tu kepada yang positif. Bila saya tau adik ipar & kakak ipar
saya pregnant – saya doakan agar kandungan die selamat dan semoga selepas ni
rezki saya pulak untuk dapat baby ..In Shaa Allah..
Buat kawan2, teruskan berusaha..doa
saya tidak pernah lekang untuk kawan2 semua. Saya rasa sgt2 bersemangat
nak dengar berita kawan2 ttc saya yang berjaya conceived. In Shaa Allah.
xoxo,
Butterfly