Wednesday, 8 May 2013

~~~Alhamdullilah~~~


Salam kawan2….Dah lama sgt rasenya saya tak update apa2 entri dalam blog. Tapi dalam kesibukan kerja + hal2 lain, saya still lagi blog walking rakan2 ttc saya cume kadang2 tu tak tau nak tulis ape ;). Alhamdullilah, saya mulakan entri saya pada hari ini untuk berkongsi dengan kawan2 yang saya telah berjaya pregnant untuk kali kedua & bersyukur saya kehadrat Illahi sekali lagi kerana kandungan ni hampir memasuki 18 minggu. Sebenarnya bukan niat saya untuk rahsiakan dari kawan2 ttc saya tetapi perjalanan masih terlalu jauh dan semuanya masih terlalu awal ,pengalaman miscarriaged buat kali pertama membuatkan saya takut untuk berharap.

Sewaktu berakhirnya trimester pertama, saya memang dah niat untuk berkongsi berita ni dgn kawan2. Tapi disebabkan kesibukan kerja akhir2 ni, akhirnya niat tu tertangguh sehinggalah ke hari ni. Buat kawan2 ttc  yang pernah mengikuti blog saya pada entri saya sebelum ni, saya  pernah ceritakan yang saya check up dgn Dr. Zamri- DEMC. Early of  2013, Dr. Zamri dah confirmkan yang die nak buat IUI pada bulan Jan & in case still tak berjaya baru Dr. akan proceed untuk buat Laps OD. Dalam bulan Januari 13 ni jugak saya plan untuk pergi bercuti dgn family saya kat Langkawi. So, saya terpaksa request Dr. postponed  pada bulan Feb untuk procedure IUI tu.

Kadang2 kita telah merancang akan sesuatu perkara & dalam masa yang sama Allah juga telah merancang buat kita. Tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Balik dari bercuti di Langkawi, saya noticed yang double line yang samar appear pada UPT stick & makan terang dari hari. First check up melalui tvs, saya mengalirkan air mata sewaktu melihat baby saya & mendengar degupan jantungnya. Masa tu, air mata saya terus mengalir dan perasaan tu tak dapat nak digambarkan sedih, gembira..semuanya bercampur-baur…Indahnya ciptaan Allah…

Buat kawan2..saya sangat2 berharap agar kita tidak pernah berputus asa untuk berusaha. Allah Maha Merancang, Maha Mengetahui, pohonlah doa kepadanya dan yakinlah akan perancangan-Nya. Kadang2 kita mempersoalkan kenapa Allah memberi ujian ini kepada kita…dan saya sendiri telah banyak mengalirkan air mata memikirkan ttg hal zuriat + keadaan saya yang ada PCOS / RU . Tapi percayalah, redha dengan ujian-Nya, ikhlaskan hati, positifkan minda, tenangkan hati, banyakkan bersedekah, banyakkan solat sunat.. In Shaa Allah, Allah itu Maha Mendengar.

Sehingga ke hari ni, saya sentiasa mendoakan rakan2 ttc saya agar dikurniakan zuriat yang soleh, solehah dan sihat sejahtera. Diharap kawan2 ttc saya jugak dapat mendokan agar kandungan ini dilindungi dan saya selamat melahirkan baby ni ke muka bumi. In Shaa Allah.


Bersambung di entri seterusnya….