Wednesday, 7 November 2012

Berusaha, Berdoa dan Bertawakkal

Setiap kali aku memikirkan tentang zuriat..kadang2 terdetik dalam hati aku..ya Allah adakah aku tidak layak dikurniakan lagi zuriat disebabkan dosa2ku atau adakah kerana aku sendiri sebenarnya masih tidak layak untuk menjadi seorang umi…Ya Allah sesungguhnya hambamu ini berdoa kepadamu seandainya Engkau merasakan diri aku ini telah bersedia untuk bergelar sebagai seorang umi, maka Engkau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah kepadaku agar ianya dapat menjadi penyambung warisku…mendoakanku setelah Engkau menjemput diri ini…

dan seandainya Engkau merasakan diri aku ini masih tidak layak untuk menjadi seorang umi, maka Engkau bantulah hambamu ini memperbaiki diriku agar menjadi seorang yg lebih beriman & bertaqwa kepadamu Ya Allah, jadikanlah aku sebagai seorang isteri yang solehah terlebih dahulu sebelum engkau menjadikan diri ini sebagai seorang umi...Seandainya terdetik dalam hatiku tentang persoalan mengapa Engkau tidak mengurniakan kami zuriat Ya Allah, maka engkau buangkanlah jauh2 perasaan ini dari diriku agar hambamu yang daif ini sentiasa redha dengan segala ketentuan darimu Ya Allah..Engkau jadikanlah aku seorang wanita yang tabah, yang penyabar, yang Redha  dalam menghadapi ujian darimu ini Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim..Ya Razzaq….

Antara amalan yang aku cube untuk lakukan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat ini, aku dah senaraikan kat bawah untuk amalan bersama rakan2 ttc.. InsyaAllah kite berusahe, berdoa dan bertawakkal…Allah Maha Mengetahui ape yang terbaik buat kite…So, kawan2 jom kite tingkatkan amalan2 kite agar diri kite ini lebih mendekatkan diri denganNya..
  • Amalkan Solat Dhuha
  • Amalkan bangun malam Solat Tahajud/Taubat
  • Amalkan Solat Hajat
  • Amalkan baca Ya-Sin
  • Amalkan Baca surah Maryam, Al-Imran dan An-Nur
  • Amalkan Doa nabi zakaria, Al-imran 38
  • Amalkan Surah Al-Waqiah - slps subuh - mintak rezki anak soleh/solehah
  • Amalkan Surah Al Mulk - slps mgrib
  • Amalkan Surah Maryam - ayat 5, 10
  • Amalkan  Surah Al-Anbiya’ - ayat 89
  • Amalkan Surah Soffat - ayat 100
  • Amalkan zikir Ya Khaliq, Ya-Bari ,Ya-Musawwir
  • Amalkan Baca Istigfar & bykkan sedekah

No comments:

Post a Comment