Tuesday, 12 February 2013

~~ Rawatan Alternatif @ Rawatan Klinikal ~~


Masa mula2 saya ber’ttc’ persoalan yang terlintas dalam minda saya ni sama ada saya patut untuk menjalani rawatan alternatif atau rawatan klinikal…teringat di usia perkahwinan kami yang masa tu belum sampai setahun, kebanyakkan doctor suggest pasangan untuk cuba conceived secara naturally.


Ok fine…since doctor pun dah cakap macam tu, so saya dengan husband decide untuk mencuba rawatan alternatif dulu…Produk pertama yang kitaorg cuba adalah biodex & semasa saya ambil produk ni,  doctor klinik rawatan alternatif saya ada bagitau apa masalah kami melalui check up pada urat tangan & tapak tangan...
Dalam masa hampir sebulan lebih pengambilan produk Biodex ini, Alhamdullilah mmg saya pregnant..tapi semua tu adalah dengan kuasa dan izin Allah…cume kandungan saya hanya mampu bertahan sehingga 9 minggu….Jadi, masa saya miscarriaged tu, saya sendiri pun tak pasti apa masalah saya yang sebenarnya dari segi klinikal….


After miscarriaged, saya masih teruskan usaha dengan rawatan alternatif kerana setiap kali saya pergi klinik biasa, doctor akan mentioned


“awak ni takde apa2 awak risau je lebih”


Saya pernah mentioned kat sorang doctor di klinik yang saya suspect saya ada pcos…disebabkan doctor klinik ni takde machine untuk cek, jadi doctor ni terus refer masalah saya ke hospital swasta untuk lakukan check up…dan  pada masa tu apa yang doktor hospital swasta ni buat adalah dengan scan pada bahagian bladder saya dan uterus dari atas….masa tu laporan klinikal mmg mentioned everything is just ok…tapi rupa2nya method tu salah..sepatutnya doctor di klinik kene mintak hospital untuk buat hormon check up & scan melalui tvs utk cek sama ada mmg betul saya ada polycystic atau tak…. masa tu jer saya dah ambil masa berbulan2 kerana assume apa yang doctor klinik cakap tu betul….


Awal Februari 2012, saya noticed yang period saya still lagi irregular…then, after check from a few clinics, saya decide untuk pegi ke DEMC…Februari 2012 adalah bulan pertama saya menjalani ujian klinikal untuk confirm kan sama ada saya ada pcos atau tidak….& resultnya confirmed saya ada pcos…So, time tu saya dah tau apa masalah saya yang sebenarnya…


Rawatan terus dijalankan…dari satu ubat ke satu ubat…doctor sentiasa positif dan mentioned jangan risau sbb pcos ni ada banyak method untuk rawatan…exmp: clomid, metformin, DHEA, Dexa, suntikan untuk matangkan telur, ovarian drilling..then after that we can go for iui or ivf…


By November 2012, doc cek melaui tvs utk cek sama ada telur saya matang atau tidak…& time tu doc mentioned yang saya jugak retrovertud uterus...Apa yag doc explained RU is normal and it’s not considered as one of infertitilty problem sbb awak mmg dilahirkan dengan RU dan bukannya disebabkan faktor lain… Seperti biasa doktor sentiasa positif – mintak saya jgn risau sbb takde apa2 masalah pun dengan RU tu…


Kesimpulannya, rawatan klinikal still lagi penting untuk tentukan apa sebenarnya masalah kita..Setelah dah tahu masalah sebenar maybe kita boleh proceed untuk teruskan dengan rawatan klinikal atau alternatif…Bagi saya yang penting kita sentiasa berusaha dan tidak berputus asa tak kisahlah dengan apa2 cara sekalipun…InsyaAllah…


Xoxo,
Butterfly

2 comments:

  1. Butterfly, betul tu... yg penting usaha...klinikal or alternative doesn't matter... InsyaAllah, bila tiba masanya ada la tu.... :-)

    ReplyDelete
  2. ;) betul awak cakap InsyaAllah bila tiba masanya ada la tu..Saya doakan semoga kita semua dikurniakan zuriat2 yang soleh/solehah dan sihat sejahtera.. ;)

    ReplyDelete