Wednesday, 7 November 2012

Berusaha, Berdoa dan Bertawakkal

Setiap kali aku memikirkan tentang zuriat..kadang2 terdetik dalam hati aku..ya Allah adakah aku tidak layak dikurniakan lagi zuriat disebabkan dosa2ku atau adakah kerana aku sendiri sebenarnya masih tidak layak untuk menjadi seorang umi…Ya Allah sesungguhnya hambamu ini berdoa kepadamu seandainya Engkau merasakan diri aku ini telah bersedia untuk bergelar sebagai seorang umi, maka Engkau kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah kepadaku agar ianya dapat menjadi penyambung warisku…mendoakanku setelah Engkau menjemput diri ini…

dan seandainya Engkau merasakan diri aku ini masih tidak layak untuk menjadi seorang umi, maka Engkau bantulah hambamu ini memperbaiki diriku agar menjadi seorang yg lebih beriman & bertaqwa kepadamu Ya Allah, jadikanlah aku sebagai seorang isteri yang solehah terlebih dahulu sebelum engkau menjadikan diri ini sebagai seorang umi...Seandainya terdetik dalam hatiku tentang persoalan mengapa Engkau tidak mengurniakan kami zuriat Ya Allah, maka engkau buangkanlah jauh2 perasaan ini dari diriku agar hambamu yang daif ini sentiasa redha dengan segala ketentuan darimu Ya Allah..Engkau jadikanlah aku seorang wanita yang tabah, yang penyabar, yang Redha  dalam menghadapi ujian darimu ini Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim..Ya Razzaq….

Antara amalan yang aku cube untuk lakukan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat ini, aku dah senaraikan kat bawah untuk amalan bersama rakan2 ttc.. InsyaAllah kite berusahe, berdoa dan bertawakkal…Allah Maha Mengetahui ape yang terbaik buat kite…So, kawan2 jom kite tingkatkan amalan2 kite agar diri kite ini lebih mendekatkan diri denganNya..
  • Amalkan Solat Dhuha
  • Amalkan bangun malam Solat Tahajud/Taubat
  • Amalkan Solat Hajat
  • Amalkan baca Ya-Sin
  • Amalkan Baca surah Maryam, Al-Imran dan An-Nur
  • Amalkan Doa nabi zakaria, Al-imran 38
  • Amalkan Surah Al-Waqiah - slps subuh - mintak rezki anak soleh/solehah
  • Amalkan Surah Al Mulk - slps mgrib
  • Amalkan Surah Maryam - ayat 5, 10
  • Amalkan  Surah Al-Anbiya’ - ayat 89
  • Amalkan Surah Soffat - ayat 100
  • Amalkan zikir Ya Khaliq, Ya-Bari ,Ya-Musawwir
  • Amalkan Baca Istigfar & bykkan sedekah

Monday, 5 November 2012

My Wish list 2013

Wish list untuk tahun 2013 ni, aku divide ikut kategori. Waa kalau dah achieve dalam 80% pun aku dah hepy! Boleh ke aku dapatkan wishlist aku ni..InsyaAllah

Rumah
- ruang tamu : built in tv cabinet, carpet, fix langsir simpan dalam
- dining : meja makan 6-8 people, carpet,
- dapur : kitchen cabinet, blinds dapur
- bilik tido utama – built in tv cabinet, built in wardrobe
- bilik tido 2 (biru) – tempat letak buku, meja computer & kerusi computer (kesian hubby tade meja nak buat keje)

Kesihatan
-  cuci gg kasik putih! (heee..operasi mengelim dgn berjaye)
- pegi spa at least 5x setahun
- pegi berurut

I luv islam
- kumpul duit pegi umrah (2014)
- khatam quran
- Korban 2013
- Nak buat standing instructions dgn maybank tabung haji
- cek bayaran zakat (kalo boleh nk increase)
- bykkan solat malam

Item
- beg tangan baru (bole dapat ke dear ;p)
- DSLR
- spek mate baru

Relax
- bercuti di langkawi, bukit tinggi colmar, Indonesia, PD
- belajar menjahit!!!!
- belajar buat kek
- dalam seminggu 1 resipi baru
- join aktvt lasak byk taun 2013 – bole ke ni….nak tido dalam kemah pun takut…heee
- byk bersenam + naik beskal

Kewangan
- Clearkan credit card

Family/Kawan2
- collect duit adik beradik monthly utk parents!
- plan bercuti dgn family
- nak reunion dgn kwan2 lame!..miss u all’s

Clinical History Update

Nov 12
3/11/12 : Meet Dr Zamri untuk check progress telur. So far telur paling besar 9mm tak sure sblh mane sbb dr zamri cam nak rushing. Lining endo = 9mm – good. Tapi overall telur sume nampak besar sket berbanding sblm. But bende yang buat aku terkejut dr mentioned aku retroverted uterus. Aku cam penah bace sblm ni tapi aku cam tak amik tau sgt. Doc mentioned its normal and 20% of the woman in this world has RV. Tapi RV yang macam mane, sblm ni doc tak explain pulak. Sbb tu aku cam terkejut sket. Lepas tu aku aku pun google2- RV ni ade yang semulajadi and ade yang terjadi disebabkan masalah endo/kehamilan sblm nie. Doc mentioned sblm ni aku takde endo, tiub aku ok, cume aku ade PCOS dan hari ni doc br diagnosed yang aku RV.

Thursday, 1 November 2012

Clinical History

February 12
13/2/12 : Hormon check up. ( 2 weeks before period). Appoinment dgn Dr.Masita – doc mentioned rahim normal dan tak bengkak. 
Result : FSH : 4 IU/L - follicular,  LH : 21.3 IU/L – mid-cycle, Prolactin : 276.9 mIU/L – normal
Transfer to dr.zamri/ Cost : rm416.70
Ubat : Provera 5 mg untuk datangkan period

March 12
1/3/12 : 1st day period (D1-D8). 4 months from last period
2/3/12 : 1st appointment dgn Dr.Zamri. Ubat : On Clomid 50mg 5 hari, Dexamethasone 0.5mg (2 minggu – mlm), DHEA ( 1 bulan), Glucophage 500mg . Confirmed dr sahkan aku PCOS.
Duphaston – turun kan darah bagi yang nak period. Tapi kuatkan rahim bg yang pregnant
Chlomophine – rangsang pembentukan telur supaya matang. ( 2x sehari – 5 hari)
Glucophage – untuk reduce kan insulin dalam badan. Setiap penghidap pcos ade kandungan insulin yang tinggi so boleh menyebabkan kencing manis, diabetis dan darah tinggi. So, glucophage nie untuk reduce kan insulin dalam badan. Ddn kate lain – kurangkan berat badan anda. ( 1 x sehari – 30 hari). Dr cakap patient mungkin akan rase muntah2 atau pening – so far aku xde simptom2 nie
DHEA – untuk hasilkan kualiti telur yang baik dan bermutu ( makan time malam) ( 1 x sehari – 30 hari)

April 12
10/4/12: 1st day period (D1-D9). 40 days from last cycle.
11/2 : Appoinment dgn Dr.Siti – x on clomid and others ubat (x jumpe dr.zamri)

June 12
4/6/12: 1st day period (D1-D8). 55 days from last cycle
7/6/12: Appoinment dgn Dr.Zamri. Ubat : on clomid 50mg, Dexa 0.5mg, Glucophage 500mg, DHEA
19/6/12: Appoinment dgn Dr.Zamri. Telur matang (23.5mm) – dr bagi injection untuk telur menetas – try to conceive naturally.

July 12
5/7/12 : 1st day period (D1-D8) 31 days from last cycle.
7/7/12: Appoinment dgn Dr.Zamri. Ubat : on clomid 50mg, Dexa, Glucophage 500mg, DHEA
18/7/12 : Appoinment dgn Dr.Zamri. Telur x matang – polycystic –no injection this month. Ubat : on Duphaston 10mg untuk period.

August 12
14/8/12 : 1st day period (D1-D7) 41 days from last cycle.
15/8/12 : Check up dgn Dr.Zamri. On clomid 50mg (No Dexa /DHEA)
22/24/26 -8/12 : injection fallovia 75iu (3 times) untuk matangkan telur
27/8/12 : Check up ng Dr.Zamri, telur dah menetas – so tak sure sama ade matang atau x.Aku rase matang sbb kalau tak matang telur tu tak boleh menetas (within 24 hours telur dapat survive). Hubby pulak outstation – 28 baru balik Ubat : Duphaston 10mg utk support rahim if pregnant.

September 12
21/9/12 : 1st day period (D1-D6) 39 days from last cycle. (Based on cysle dr.siti = 15/9/12 – 1st day period)
22/9/12 : Check up dgn Dr. Zamri. Dr Zamri tukar kepada Ubat : Zitazonium 20mg tamoxifenum tamoxifen – 5 days- twice a day after bfst. + DHEA / Cost : rm95.10
28/9/12 : Plan buat HSG di KJMC – cancelled (dr mentioned x cooperate)
28/9/12 : Jumpe Dr.Siti – biodex – dr check berat turun 2 kg (dari 67 ke 64.8), lemak di peha still same (3++) – doc suggect buat tangas + urut kat situ, dr mentioned selagi lemak di peha+perut 3++ - sukar utk hamil – doc suruh kuruskan badan dulu ; Ubat : natural kelp + rawan ikan yu – untuk besarkan teur. / Cost : rm125.00
29/9/12 : HSG once again in KPJ Selangor by Dr Darlina – tube not blockage

October 12
3/10/12: Meet Dr.Zamri – check up rahim ok, tube ok, telur dari ovary kiri : pcos, ovary kanan : 16.6 mm (belum cukup matang). Dr explain telur matang shall be 18mm keatas. If telur discan tadi 18mm ke atas baru dr akan inject untuk ianya menetas. Since telur masih tidak matang pada hari ke-12, so dr suggest try naturally by this week. Next cycle – jumpe dr pada hari period ke-2 (dr nak test increase clomid kpd 150mg + injection). / Cost : rm140.00
12/10/12: Buat urut peha & perut dgn Zura (Dr.Siti) untuk pecahkan selulit & supaya peredaran darah area situ lancar untuk sperm bertemu ovum / Cost : rm88.00+33.00 (krim dari dr.siti)

October 12
23/10/12:  1st day period (D1-Dx) 33 days from last cycle. (Based on cysle dr.siti = 23/10/12 – 1st day period means 39 days cycle.
24/10/12 : Appointment dgn Dr.Zamri. Ubat – on Clomid 50mg 5 hari, Dexamethasone 0.5mg (2 minggu – mlm), DHEA. So far next appointment 30/10/12. Dr mentioned on 30/10/12 – nk scan telur and decide sama ade nak proceed bagi injection atau tak and IUI tu nanti dr tgk progress telur dulu. Based on explanation dr. the reason die tak bg clomid high dose because clomid boleh lead to cancer & nipiskan dinding rahim. Even if aku conceive pun tapi thickness dinding rahim aku <7mm – chances nak miscarriage senang. Sblm ni thickness dinding rahim lebih dari 9mm – means ok. Then dr. explain aku x perlu on metformin sbb aku kategori pcos yang bukan obes. PCOS ade byk category – yang kurus, obes, sdg2..etc…Sume ni tak terjawab lagi secara klinikal kenape pcos boleh berlaku. So far berat aku skang = 63-64kg. aku nak turunkan lagi berat aku ni pada 60kg dalam bulan 11 nie. Cost = rm87.80
30/10/12 : Meet Dr.Zamri. Telur dah di scan – still polycystic kiri + kanan ; lining dinding rahim baru 5mm. So tak bagus untuk pelekatan janin – maybe sbb baru D8. Dr.Zamri proceed bg injection Foliculin 75 iu (kene amik untuk 3hari) untuk matangkan telur. Cost dr: rm141.90, cost ubat Foliculin 75 iu rm210 (utk 3 kali suntik).
D8 – 30/1012 : suntikan 1st - done
D10 - 1/11/12 : suntikan 2nd-done
D12 - 3/11/12 : suntikan 3rd (jumpe balik dr.zamri)

Sunday, 22 July 2012

Resipi Puding Jagung

Bahan
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
¾ cawan gula
3 cawan air
1-1/2 cawan susu cair

Cara
1. Campurkan tepung kastad, jagung manis, susu cair dan air.
2. Kacau sehingga pekat dan berkilat diatas api yang sederhana.
3.  Angkat dan sejukkan dalam loyang/acuan. (Boleh dihiaskan dengan ceri/buah2 lain).