Monday, 3 June 2013

Sambungan Part 2 ~~ Alhamdullilah~~


Salam kawan2, actually hari ni saya nak berkongsi dengan kawan2 tentang apa yang saya amalkan waktu conceived dulu. Hopefully ianya dapat membantu kawan2 sedikit sebanyak k..

Pemakanan: 
Madu al-Barakah (kalau ikut cara makan 2/3 sudu pagi & malam). Tapi saya hanya minum dgn air suam pada awal pagi & sentiasa berniat agar dikurniakan zuriat. Madu al-Barakah ni mmg memanaskan badan. Saya ingat Dr. rawatan alternative saya (Dr.Siti) ada bagitau untuk PCOS elok makan benda2 yang memanaskan badan untuk rangsang pembentukan telur yang matang (dari D1 until ovulation shj). Selalunya saya hanya ambil madu ni sampai waktu ovulation sahaja.
SK Al-Khisbun – saya hanya minum selepas period sehingga waktu ovulation.
Supreme Diet – Makanan Tambahan  (Biodex) – saya hanya ambil beberapa sachet sebelum ovulation dan ini pun sbb nak abiskan stok yang dah lame dari tahun 2011/2012.
Pati delima gulshan - saya minum biasanya after lunch.
Pantang larang makanan fast food pun masih ikut tapi ade jugak missed sekali sbb dah lame tak makan dan teringin sgt2.

Pemakaian:
Krim Lumiglow - selalunya saya sapu lepas waktu mandi pagi/malam di kawasan perut, paha dan rahim.

Rohaniah:
Bykkan baca Surah Maryam – kadang2 tak dapat hasbiskan satu surah tiap2 malam ; tapi saya tetap berusaha untuk baca at least 1ms dari Surah Maryam.
Bykkan Solat Taubat, Tahajud – mama saya berpesan yang setiap kali solat tu sebut “Ya Allah aku sudah tidak mampu lagi untuk menanggung beban ujian ini dari-Mu Ya Allah. Sesungguhnya aku merasakan yang ianya sudah tidak tertanggung lagi untuk menghadapi ujian ini Ya Allah. Kurniakanlah aku zuriat Ya Allah agar ianya dapat menjadi penyambung waris kami,  mendoakan kami dan dapat mengembangkan lagi ajaran agama-Mu Ya Allah.
Bykkan beristigfar, berzikir – selalunya setiap kali lepas solat saya akan baca istigfar + zikir2 Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musowwir, Ya Mubdi. Jika tak sempat banyak pun 11 kali dah memadai (setiap lepas solat)
Sentiasa mendoakan orang disekeliling kita. In shaa Allah berkat kita mendoakan orang lain – malaikat akan mendoakan kita kembali.

Relaks:
Untuk conceived minda kita mmg kene relaks dan tenang. Dalam masa hampir satu 1-1/2 tahun saya tak pergi bercuti sgt sbb nak fokus dgn rawatan. Akhirnya, early Jan 2013 masa saya pergi bercuti kat Langkawi & masa tu saya memang tak fikirkan soal baby. Mmg perasaan saya time tu seronok sangat bercuti dengan family – mak,ayah, abang, adik, ipar2 dan anak buah..even saya penat buat aktiviti kat sane tapi seronok teman mama saya shopping + saya mmg enjoy dan hepi time tu.

Sedekah:
Setiap kali apabila bersedekah saya niatkan dalam hati – Ya Allah kurniakanlah aku zuriat2 yang soleh dan solehah Ya Allah. Sedekah boleh jadi dalam pelbagai bentuk- mungkin kawan2 boleh bersedekah pada jiran2 dgn hantar makanan, sedekah setiap kali kita ke masjid (walaupun kadarnya adalah RM1), sedekah pada anak2 buah, sedekah pada baby yang baru lahir, sedekah makanan pada binatang - kucing..Actually saya ada bela kucing 4 ekor. Sebelum saya pregnant saya selalu cakap pada kucing saya “mak meow doakanlah mummy supaya mummy dapat baby yer”…boleh dikatakan kerapkali jugaklah saya cakap esp time bagi die makan & usap die. Lgpun kucing kan binatang kesayangan Nabi kita. Sehingga ke hari ni saya still lagi bercakap dengan kucing saya supaya die mendoakan saya dan baby selamat.


 kucing butterfly "mak meow"

Method “BD”:
Memandangkan saya RU – saya banyak baca yang kaedah bersama dgn suami penting bagi mereka yang RU. Saya pernah tanya soalan ni pada Dr.Zamri, “adakah posisi kedudukan time bersama bagi sesape yang RU sepatutnya dilakukan dalam keadaan d***y utk mudahkan kita conceived?”.Gile malu mase tanya soalan tu, tapi sbb nak tau jugak – tanya jugakla pada Dr. Tapi apa yang Dr. jawab – tidak & byk lagi fakor lain yang mempengaruhi. Jadi buat kawan2 yang RU just pastikan yang kita selesa time bersama. Lagi satu saya pernah terbaca petua, bagi mereka yang RU letakkan kaki pada dinding selepas bersama – maybe dalam 15 minit ke sebelum baring.

Positif:
Masa 1-11/2 years of our marriage, saya mmg sensitif sgt rasa bila org cakap pasal anak. Rasa nak jauhkan diri dari semua orang dan takut nak berjumpa orang lain sbb saya takut orang disekeliling saya bertanya tentang anak. Tapi bila dah masuk tahun kedua – saya dah boleh jawab dengan tenang dan senyuman bila kawan2 atau makcik2 tanya pasal anak. Saya  akan jawab “makcik doakan lah saya -mana tau berkat doa makcik In Shaa Allah – saya dapat baby”. Jadi, makcik2 yang selalu bertanya ni lama2 die pun segan dan mungkin die pun ada mendoakan saya…Selain tu,  bila dengar berita pasal orang pregnant – saya yang dulunya mmg akan menangis dah tukar cara tu kepada yang positif. Bila saya tau adik ipar & kakak ipar saya pregnant – saya doakan agar kandungan die selamat dan semoga selepas ni rezki saya pulak untuk dapat baby ..In Shaa Allah..

Buat kawan2, teruskan berusaha..doa saya tidak pernah lekang untuk kawan2 semua. Saya rasa sgt2 bersemangat  nak dengar berita kawan2 ttc saya yang berjaya conceived. In Shaa Allah.

xoxo,
Butterfly

Wednesday, 8 May 2013

~~~Alhamdullilah~~~


Salam kawan2….Dah lama sgt rasenya saya tak update apa2 entri dalam blog. Tapi dalam kesibukan kerja + hal2 lain, saya still lagi blog walking rakan2 ttc saya cume kadang2 tu tak tau nak tulis ape ;). Alhamdullilah, saya mulakan entri saya pada hari ini untuk berkongsi dengan kawan2 yang saya telah berjaya pregnant untuk kali kedua & bersyukur saya kehadrat Illahi sekali lagi kerana kandungan ni hampir memasuki 18 minggu. Sebenarnya bukan niat saya untuk rahsiakan dari kawan2 ttc saya tetapi perjalanan masih terlalu jauh dan semuanya masih terlalu awal ,pengalaman miscarriaged buat kali pertama membuatkan saya takut untuk berharap.

Sewaktu berakhirnya trimester pertama, saya memang dah niat untuk berkongsi berita ni dgn kawan2. Tapi disebabkan kesibukan kerja akhir2 ni, akhirnya niat tu tertangguh sehinggalah ke hari ni. Buat kawan2 ttc  yang pernah mengikuti blog saya pada entri saya sebelum ni, saya  pernah ceritakan yang saya check up dgn Dr. Zamri- DEMC. Early of  2013, Dr. Zamri dah confirmkan yang die nak buat IUI pada bulan Jan & in case still tak berjaya baru Dr. akan proceed untuk buat Laps OD. Dalam bulan Januari 13 ni jugak saya plan untuk pergi bercuti dgn family saya kat Langkawi. So, saya terpaksa request Dr. postponed  pada bulan Feb untuk procedure IUI tu.

Kadang2 kita telah merancang akan sesuatu perkara & dalam masa yang sama Allah juga telah merancang buat kita. Tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Balik dari bercuti di Langkawi, saya noticed yang double line yang samar appear pada UPT stick & makan terang dari hari. First check up melalui tvs, saya mengalirkan air mata sewaktu melihat baby saya & mendengar degupan jantungnya. Masa tu, air mata saya terus mengalir dan perasaan tu tak dapat nak digambarkan sedih, gembira..semuanya bercampur-baur…Indahnya ciptaan Allah…

Buat kawan2..saya sangat2 berharap agar kita tidak pernah berputus asa untuk berusaha. Allah Maha Merancang, Maha Mengetahui, pohonlah doa kepadanya dan yakinlah akan perancangan-Nya. Kadang2 kita mempersoalkan kenapa Allah memberi ujian ini kepada kita…dan saya sendiri telah banyak mengalirkan air mata memikirkan ttg hal zuriat + keadaan saya yang ada PCOS / RU . Tapi percayalah, redha dengan ujian-Nya, ikhlaskan hati, positifkan minda, tenangkan hati, banyakkan bersedekah, banyakkan solat sunat.. In Shaa Allah, Allah itu Maha Mendengar.

Sehingga ke hari ni, saya sentiasa mendoakan rakan2 ttc saya agar dikurniakan zuriat yang soleh, solehah dan sihat sejahtera. Diharap kawan2 ttc saya jugak dapat mendokan agar kandungan ini dilindungi dan saya selamat melahirkan baby ni ke muka bumi. In Shaa Allah.


Bersambung di entri seterusnya….








Monday, 11 March 2013

~Kehidupan~


Salam kawan2..Lame dah saya tak update ape2 recently…hari ni saya nak share tentang satu lagu yang memang akan membuatkan  saya mengalirkan air mata setiap kali mendengarnya tapi lagu ni jugaklah yang menjadikan saya lebih kuat untuk menempuh setiap ujian ni.

Lagu yang saya maksudkan ni adalah lagu yang bertajuk ‘Kehidupan’ dari Inteam (ft Raihan)…ni link lagu yang saya maksudkan tu http://www.youtube.com/watch?v=wY6gV9kImG8

Selalunya saya akan pasang lagu ni bila saya sedih atau saya perlukan semangat/kekuatan & part yang saya rasakan paling mendalam maksudnya  bila masuk rangkap di bawah ni..

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Semoga kita juga kuat & sabar menghadapi ujian dari Allah…kerana DIE sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita.

Xoxo,
Butterfly

Tuesday, 12 February 2013

~~ Rawatan Alternatif @ Rawatan Klinikal ~~


Masa mula2 saya ber’ttc’ persoalan yang terlintas dalam minda saya ni sama ada saya patut untuk menjalani rawatan alternatif atau rawatan klinikal…teringat di usia perkahwinan kami yang masa tu belum sampai setahun, kebanyakkan doctor suggest pasangan untuk cuba conceived secara naturally.


Ok fine…since doctor pun dah cakap macam tu, so saya dengan husband decide untuk mencuba rawatan alternatif dulu…Produk pertama yang kitaorg cuba adalah biodex & semasa saya ambil produk ni,  doctor klinik rawatan alternatif saya ada bagitau apa masalah kami melalui check up pada urat tangan & tapak tangan...
Dalam masa hampir sebulan lebih pengambilan produk Biodex ini, Alhamdullilah mmg saya pregnant..tapi semua tu adalah dengan kuasa dan izin Allah…cume kandungan saya hanya mampu bertahan sehingga 9 minggu….Jadi, masa saya miscarriaged tu, saya sendiri pun tak pasti apa masalah saya yang sebenarnya dari segi klinikal….


After miscarriaged, saya masih teruskan usaha dengan rawatan alternatif kerana setiap kali saya pergi klinik biasa, doctor akan mentioned


“awak ni takde apa2 awak risau je lebih”


Saya pernah mentioned kat sorang doctor di klinik yang saya suspect saya ada pcos…disebabkan doctor klinik ni takde machine untuk cek, jadi doctor ni terus refer masalah saya ke hospital swasta untuk lakukan check up…dan  pada masa tu apa yang doktor hospital swasta ni buat adalah dengan scan pada bahagian bladder saya dan uterus dari atas….masa tu laporan klinikal mmg mentioned everything is just ok…tapi rupa2nya method tu salah..sepatutnya doctor di klinik kene mintak hospital untuk buat hormon check up & scan melalui tvs utk cek sama ada mmg betul saya ada polycystic atau tak…. masa tu jer saya dah ambil masa berbulan2 kerana assume apa yang doctor klinik cakap tu betul….


Awal Februari 2012, saya noticed yang period saya still lagi irregular…then, after check from a few clinics, saya decide untuk pegi ke DEMC…Februari 2012 adalah bulan pertama saya menjalani ujian klinikal untuk confirm kan sama ada saya ada pcos atau tidak….& resultnya confirmed saya ada pcos…So, time tu saya dah tau apa masalah saya yang sebenarnya…


Rawatan terus dijalankan…dari satu ubat ke satu ubat…doctor sentiasa positif dan mentioned jangan risau sbb pcos ni ada banyak method untuk rawatan…exmp: clomid, metformin, DHEA, Dexa, suntikan untuk matangkan telur, ovarian drilling..then after that we can go for iui or ivf…


By November 2012, doc cek melaui tvs utk cek sama ada telur saya matang atau tidak…& time tu doc mentioned yang saya jugak retrovertud uterus...Apa yag doc explained RU is normal and it’s not considered as one of infertitilty problem sbb awak mmg dilahirkan dengan RU dan bukannya disebabkan faktor lain… Seperti biasa doktor sentiasa positif – mintak saya jgn risau sbb takde apa2 masalah pun dengan RU tu…


Kesimpulannya, rawatan klinikal still lagi penting untuk tentukan apa sebenarnya masalah kita..Setelah dah tahu masalah sebenar maybe kita boleh proceed untuk teruskan dengan rawatan klinikal atau alternatif…Bagi saya yang penting kita sentiasa berusaha dan tidak berputus asa tak kisahlah dengan apa2 cara sekalipun…InsyaAllah…


Xoxo,
Butterfly