Monday 7 January 2013

Rumput Karpet

Salam kawan2..dalam menempuh tahun baru 2013 ini, saye nak lebih bersemangat dalam usaha ‘ttc’ …InsyaAllah…Ya Allah berikanlah kami semua kekuatan dan semangat yang tidak pernah luntur dalam usaha kami untuk mendapatkan zuriat…Berkatilah usaha kami dan berikanlah kami petunjuk dalam usaha kami ini Ya Allah…

Entri saye untuk tahun baru ini dimulakan dgn cite diluar topic dari ttc iaitu pasal rumput karpet. Sebenarnya, saye dan hubby mmg plan nak upah orang je untuk org pasang rumput karpet ni..tapi after dah discuss ngan tokey rumput ni die nak lebih kurang RM500 utk tanah yang lebih kurang 100sqft..waaa agak mahal lar sbb rumput karpet yang kiteorg request ni jenis yang biasa punya jer…Actually, rumput karpet ni pun ade banyak kategori spt jepun, philiphine, mutiara, bermuda..tapi yang biasanye dijual kat kedai adalah philiphine & jepun – dan ..memandangkan kosnye yang agak mahal, so kiteorg decide untuk tanam sendiri…

Bermulalah episod dimana kiteorg start survey pasal rumput karpet ini…biasanya kalau kawan2 berminat untuk mencari pokok atau rumput di area selangor ni- saya cadangkan kawasan Sungai Buloh..saya dah pergi a few time dgn hubby untuk survey harga2 pokok dan saye noticed ade certain pokok kedai A mahal - kedai B murah dan ade pula yang kedai B mahal - kedai A murah…jadi saya recommend kan untuk kawan2 yang berminat mencari pokok2 – sila survey dulu at least 2-3 kedai untuk compare kan harga…hee..tapi pokok2 yang saye suke ade di kedai no.53..harganya pun boleh nego lagi dengan pekerja kat situ…

Untuk rumput karpet pulak saya dah survey harga dan kebanyakkan kedai di situ jual rumput jepun dengan RM5 & rumput philiphine dalam RM1.50-RM2. Mula2 saye agreed untuk ambik rumput philiphine yang harganya dalam RM1.5 di salah satu kedai kat situ…tapi bile tgk condition rumput tu – mmg agak jarang2 ..macam baby punye rumput…jadi kiteorg survey lagi sampai area kawasan lepas hospital Sungai Buloh & terjumpelah rumput philiphine yang macam dah besar sedikit & kedai tu bagi RM 1.60. Jadi untuk rumput 22 keping, tanah 5 paket, pasir kerikil 3 paket + baja 2 peket kiteorg dapat semua skali dalam RM50…waa..sangat2 puas hati sbb dapat menjimatkan duit dari amik dengan tokey rumput karpet tu..

Aktiviti pada petang dari 1/1/13 adalah menanam rumput karpet yang telah dibeli..cara yang kiteorg buat untuk tanam rumput ni ade kat bawah ni..in case kawan2 nak refer
  • Tanah digempurkan dahulu ( dilakukan 1-2 hari sebelum). Buang batu2 & cabut rumput2.
  • Sembur racun rumpai (untuk elakkan tumbuhan yang tak nak tumbuh dicelah2 rumput karpet) – tapi saye skip part ni sbb tanah kaw.rumah saye dah byk kali sembur dgn racun ulat (sbb byk ulat kat situ..heee)..
  • Korek tanah dalam lebih kurang ½ kaki dan masukkan tanah baru yang dibeli ( in case tanah di kawasan rumah tidak berapa subur)
  • Kemudian, taburkan pasir di atas tanah tu dan hubby saye letakkan sedikit air (maybe supaye senang nak tanam rumput2 tu)
  • Kemudian lettakkan rumput dan siram + letakkan sedikit baja

Hee…seronoknye berjaya tanam rumput sendiri even ade part yang mcm ade yang kedalam sedikit…tapi ok la hasil usaha sendiri.. ;)

3 comments:

  1. nak tengok hasil boleh. Saya baru nak menanam. Tokey nursery tu cakap tak payah korek tanah pun takpa. Dia cakap ,Korek tanah tu just nak samakan paras rumput dan simen rumah. Cara senang tabur pasir , buat lapisan pasir. Then letak rumput, siram.

    ReplyDelete
  2. Senang jugak tanam sendiri
    Http://www.sprinklerhouz.com

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas informasinya

    ReplyDelete