Monday, 11 March 2013

~Kehidupan~


Salam kawan2..Lame dah saya tak update ape2 recently…hari ni saya nak share tentang satu lagu yang memang akan membuatkan  saya mengalirkan air mata setiap kali mendengarnya tapi lagu ni jugaklah yang menjadikan saya lebih kuat untuk menempuh setiap ujian ni.

Lagu yang saya maksudkan ni adalah lagu yang bertajuk ‘Kehidupan’ dari Inteam (ft Raihan)…ni link lagu yang saya maksudkan tu http://www.youtube.com/watch?v=wY6gV9kImG8

Selalunya saya akan pasang lagu ni bila saya sedih atau saya perlukan semangat/kekuatan & part yang saya rasakan paling mendalam maksudnya  bila masuk rangkap di bawah ni..

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Semoga kita juga kuat & sabar menghadapi ujian dari Allah…kerana DIE sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita.

Xoxo,
Butterfly

Tuesday, 12 February 2013

~~ Rawatan Alternatif @ Rawatan Klinikal ~~


Masa mula2 saya ber’ttc’ persoalan yang terlintas dalam minda saya ni sama ada saya patut untuk menjalani rawatan alternatif atau rawatan klinikal…teringat di usia perkahwinan kami yang masa tu belum sampai setahun, kebanyakkan doctor suggest pasangan untuk cuba conceived secara naturally.


Ok fine…since doctor pun dah cakap macam tu, so saya dengan husband decide untuk mencuba rawatan alternatif dulu…Produk pertama yang kitaorg cuba adalah biodex & semasa saya ambil produk ni,  doctor klinik rawatan alternatif saya ada bagitau apa masalah kami melalui check up pada urat tangan & tapak tangan...
Dalam masa hampir sebulan lebih pengambilan produk Biodex ini, Alhamdullilah mmg saya pregnant..tapi semua tu adalah dengan kuasa dan izin Allah…cume kandungan saya hanya mampu bertahan sehingga 9 minggu….Jadi, masa saya miscarriaged tu, saya sendiri pun tak pasti apa masalah saya yang sebenarnya dari segi klinikal….


After miscarriaged, saya masih teruskan usaha dengan rawatan alternatif kerana setiap kali saya pergi klinik biasa, doctor akan mentioned


“awak ni takde apa2 awak risau je lebih”


Saya pernah mentioned kat sorang doctor di klinik yang saya suspect saya ada pcos…disebabkan doctor klinik ni takde machine untuk cek, jadi doctor ni terus refer masalah saya ke hospital swasta untuk lakukan check up…dan  pada masa tu apa yang doktor hospital swasta ni buat adalah dengan scan pada bahagian bladder saya dan uterus dari atas….masa tu laporan klinikal mmg mentioned everything is just ok…tapi rupa2nya method tu salah..sepatutnya doctor di klinik kene mintak hospital untuk buat hormon check up & scan melalui tvs utk cek sama ada mmg betul saya ada polycystic atau tak…. masa tu jer saya dah ambil masa berbulan2 kerana assume apa yang doctor klinik cakap tu betul….


Awal Februari 2012, saya noticed yang period saya still lagi irregular…then, after check from a few clinics, saya decide untuk pegi ke DEMC…Februari 2012 adalah bulan pertama saya menjalani ujian klinikal untuk confirm kan sama ada saya ada pcos atau tidak….& resultnya confirmed saya ada pcos…So, time tu saya dah tau apa masalah saya yang sebenarnya…


Rawatan terus dijalankan…dari satu ubat ke satu ubat…doctor sentiasa positif dan mentioned jangan risau sbb pcos ni ada banyak method untuk rawatan…exmp: clomid, metformin, DHEA, Dexa, suntikan untuk matangkan telur, ovarian drilling..then after that we can go for iui or ivf…


By November 2012, doc cek melaui tvs utk cek sama ada telur saya matang atau tidak…& time tu doc mentioned yang saya jugak retrovertud uterus...Apa yag doc explained RU is normal and it’s not considered as one of infertitilty problem sbb awak mmg dilahirkan dengan RU dan bukannya disebabkan faktor lain… Seperti biasa doktor sentiasa positif – mintak saya jgn risau sbb takde apa2 masalah pun dengan RU tu…


Kesimpulannya, rawatan klinikal still lagi penting untuk tentukan apa sebenarnya masalah kita..Setelah dah tahu masalah sebenar maybe kita boleh proceed untuk teruskan dengan rawatan klinikal atau alternatif…Bagi saya yang penting kita sentiasa berusaha dan tidak berputus asa tak kisahlah dengan apa2 cara sekalipun…InsyaAllah…


Xoxo,
Butterfly

Tuesday, 22 January 2013

Coconut shake - Pantai Klebang!

Entri hari ni saya nak cite pasal coconut shake. If kawan2 berada kat area Melaka – saya sgt2 suggestkan kawan2 untuk try coconut shake di Pantai Klebang..serious takkan menyesal..actually, saya bukanlah peminat coconut shake…tapi bila saya dah rasa air coconut shake di Pantai Klebang ni mmg rasanya sgt2 best…patutlah orang sanggup beratur panjang nak dapatkan air ni…tapi jgn risau kalau orang ramai sbb kedai coconut shake ni kat luar untuk tapau & kat dalam untuk minum di situ…so in case kawan2 berada di Pantai Klebang, Melaka sila la singgah di kedai ni okie!!!


p/s : mak mertua saya cakap air kelapa tak boleh minum selalu sbb bila minum skali badan akan sejuk dalam 40 hari…tapi kalau minum setakat segelas dalam 2-3 bulan ok lar ..InsyaAllah takde ape2.

CD17 - Terasa penat nak makan ubat

Diri terase sgt2 penat dah nak telan ubat..hari2 cakap dalam hati saya kene makan ubat…tapi seriously saya dah sgt penat nak telan ubat hampir setahun…dah la saya mmg jenis payah nak makan ubat dari dulu, even demam pun tak nak makan ubat…Ya Allah berikan lah aku kekuatan hati agar aku tabah dengan ujian dari-Mu ini Ya Allah…

Kadang2 saya terfikir dalam hati …senangnya orang yang kawin terus pregnant..tak payah makan ubat, tak payah nak cube makan macam2 benda yang org suggestkan,  tak payah nak fikir hari2 bile lar aku nak pregnant macam orang lain, tak payah nak rase sakit nak lalui each test yang doc suruh...tu belum masuk bab nak kene test darah, inject ubat, masukkan alat tvs di ‘v’ & tak payah nak tahan telinga dengan sindiran orang sekeliling….seriously kadang2 saya down sgt nak lalui semua benda ni….satu bende yang membuatkan saye sentiasa tabah adalah dengan memikirkan yang Allah sayangkan saya..die nak saya dekat dengan die dan tak nak saya leka dengan nikmat dunia…sbb tu Allah berikan saya ujian ni…

CD 17..2 hari selepas LH test menunjukkan 2 line…macam bulan lepas, saya tak pernah berhenti berharap agar ade rezki buat kami di bulan ini… Ya Allah  kurniakanlah aku zuriat yang sihat, soleh dan solehah Ya Allah..sebagaimana aku mengharapkan agar aku dikurniakan zuriat di bulan ini, maka KAU kurniakanlah juga zuriat buat rakan2 ttc ku dan buat mereka yang menginginkan zuriat Ya Allah…Berikanlah kami semua kekuatan hati dalam menghadapi ujian dari-Mu Ya Allah….



xoxo

Monday, 7 January 2013

~~Selamat Hari Lahir Syg~~


Actually entri ni saye nak publish pada 5/1/13 tapi since saye kat kampung jadi tak sempat pulak saye nak publish...Walau ape pun, Selamat hari lahir syg…sometimes saye rase malu nak express kan depan2…selamat hari lahir untuk hubby..pelik kan tapi mmg saye rase nerveous nak wish happy birthday kat hubby mase midnight 5/1/13..nak cakap happy birthday pun siap dah susun ayat dari pukul malam tu…tapi last2 yang keluar hanyalah happy birthday sayang!!! (mcm zaman bercinte pulak)....apela saye ni kan….since saye tak dapat nak express kan ape yang org nak wish utk hubby – jadi in case syg bace blog orang bile2 mase nanti – ni ucapan yang tersirat di hati org sempena dgn birthday syg..


Selamat hari lahir syg…didoakan semoga syg sihat, panjang umur, dimurahkan rezki, dapat capai semua impian syg, menjadi suami yang lebih soleh dan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya...sorry org tak dapat sediakan syg ape2 hadiah tahun ni, x sempat nak masakkan yg spesel mcm taun2 lepas,  x sempat sediakan hadiah buat syg..tapi org sentiasa doakan yang terbaik buat syg..umi teringin sgt nak hadiahkan zuriat yang sihat, soleh dan solehah buat abah..dari bulan lepas lagi umi hope yang umi preggy supaya umi dapat hadiahkan abah zuriat kite….tapi umi tahu Allah lebih mengetahui perancangan yang terbaik buat kite semua…terima kasih syg di atas kesabaran syg, kasih syg  syg dan semuanyalah…semoga dengan lembaran baru 2013 memberi rezki lebih yang lebih murah buat kite dan semoga Allah makbulkan doa kite untuk memiliki zuriat….Love u dear



xoxo

Rumput Karpet

Salam kawan2..dalam menempuh tahun baru 2013 ini, saye nak lebih bersemangat dalam usaha ‘ttc’ …InsyaAllah…Ya Allah berikanlah kami semua kekuatan dan semangat yang tidak pernah luntur dalam usaha kami untuk mendapatkan zuriat…Berkatilah usaha kami dan berikanlah kami petunjuk dalam usaha kami ini Ya Allah…

Entri saye untuk tahun baru ini dimulakan dgn cite diluar topic dari ttc iaitu pasal rumput karpet. Sebenarnya, saye dan hubby mmg plan nak upah orang je untuk org pasang rumput karpet ni..tapi after dah discuss ngan tokey rumput ni die nak lebih kurang RM500 utk tanah yang lebih kurang 100sqft..waaa agak mahal lar sbb rumput karpet yang kiteorg request ni jenis yang biasa punya jer…Actually, rumput karpet ni pun ade banyak kategori spt jepun, philiphine, mutiara, bermuda..tapi yang biasanye dijual kat kedai adalah philiphine & jepun – dan ..memandangkan kosnye yang agak mahal, so kiteorg decide untuk tanam sendiri…

Bermulalah episod dimana kiteorg start survey pasal rumput karpet ini…biasanya kalau kawan2 berminat untuk mencari pokok atau rumput di area selangor ni- saya cadangkan kawasan Sungai Buloh..saya dah pergi a few time dgn hubby untuk survey harga2 pokok dan saye noticed ade certain pokok kedai A mahal - kedai B murah dan ade pula yang kedai B mahal - kedai A murah…jadi saya recommend kan untuk kawan2 yang berminat mencari pokok2 – sila survey dulu at least 2-3 kedai untuk compare kan harga…hee..tapi pokok2 yang saye suke ade di kedai no.53..harganya pun boleh nego lagi dengan pekerja kat situ…

Untuk rumput karpet pulak saya dah survey harga dan kebanyakkan kedai di situ jual rumput jepun dengan RM5 & rumput philiphine dalam RM1.50-RM2. Mula2 saye agreed untuk ambik rumput philiphine yang harganya dalam RM1.5 di salah satu kedai kat situ…tapi bile tgk condition rumput tu – mmg agak jarang2 ..macam baby punye rumput…jadi kiteorg survey lagi sampai area kawasan lepas hospital Sungai Buloh & terjumpelah rumput philiphine yang macam dah besar sedikit & kedai tu bagi RM 1.60. Jadi untuk rumput 22 keping, tanah 5 paket, pasir kerikil 3 paket + baja 2 peket kiteorg dapat semua skali dalam RM50…waa..sangat2 puas hati sbb dapat menjimatkan duit dari amik dengan tokey rumput karpet tu..

Aktiviti pada petang dari 1/1/13 adalah menanam rumput karpet yang telah dibeli..cara yang kiteorg buat untuk tanam rumput ni ade kat bawah ni..in case kawan2 nak refer
  • Tanah digempurkan dahulu ( dilakukan 1-2 hari sebelum). Buang batu2 & cabut rumput2.
  • Sembur racun rumpai (untuk elakkan tumbuhan yang tak nak tumbuh dicelah2 rumput karpet) – tapi saye skip part ni sbb tanah kaw.rumah saye dah byk kali sembur dgn racun ulat (sbb byk ulat kat situ..heee)..
  • Korek tanah dalam lebih kurang ½ kaki dan masukkan tanah baru yang dibeli ( in case tanah di kawasan rumah tidak berapa subur)
  • Kemudian, taburkan pasir di atas tanah tu dan hubby saye letakkan sedikit air (maybe supaye senang nak tanam rumput2 tu)
  • Kemudian lettakkan rumput dan siram + letakkan sedikit baja

Hee…seronoknye berjaya tanam rumput sendiri even ade part yang mcm ade yang kedalam sedikit…tapi ok la hasil usaha sendiri.. ;)

Clinical History - Part 4

7/1/13 CD1 : 1st period untuk tahun 2013 – 31 days dari cycle bulan lepas dan akhirnya terjawabla penantian saye sebulan ni…okie, saya perlu lebih bersemangat untuk ttc…InsyaAllah ade rezki buat saya dan rakan2 ttc yang lain pada bulan ni…amin..

8/1/13 : Appoinment with Dr.Zamri. On Clomid 150mg 3x sehari 5 hari, Dexamethasone 0.5mg (2 minggu – mlm), DHEA, Glucophage 1 bulan. So far next appointment on 17/18 untuk cek telur tapi saye pulak ade hal dari 17-20/1/13…jadi bulan ni tak dapatlar saye nak scan size telur…takpela …InsyaAllah telur2 pasti membesar dgn jayanye even tak dapat nak scan. Dr. Zamri actually, nak proceed IUI this cycle, tapi since saye takde terpakse lar kene postponed & Dr. ade mentioned pasal laparoscopic OD tapi yang tue pun tgk discussion ktorg next cycle macam mane.